strawberryCoklat is powered by AZMAHWAFFLE

Thursday, November 15

Assalamulaikum :)

Kehadapan NHBA,
Aceccehhh, suspen je kan bila tulis "NHBA"  Siapakah? Siapakah? Biarlah rahsia, tuan empunya badan je yang akan tahu bila dia terbaca post nie. Hehe :D  Maaflah, terrrrrlambat pulak nak post entry nie, dah lama ber-DRAFT je dalam blog, almaklum sejak dua menjak ni sangat sangatlah busy. Dengan nak kahwin lagi... ehhhhhh bukan aku yang nak kahwin! Sebagai adik yang baik, aku terpaksalah jadi wedding planner yang freeeee untuk akak aku. Tapi aku masih sempat nak messaging, calling, tweeeeetiiing dengan NHBA kan? Tengok, I never never never lupakan awaklah! * Sila terharu *

Actually, nak tulis macam-macam dekat sini...Tapi taknaklah! Takut awak nangis lagi seharian :"(. Cukup-cukuplah awak nangis seharian, tersedu-sedan and taknak pandang time nak balik hari tu :'(  *So sad* So, terpaksalah delete semula tulisan yang sebelum ini then buat entry yg baru untuk awak :D So, hari ni, cuma nak balas a few thing je dari ke-MENTION-an  nama AzmahWaffle dalam blog awak tu. :)

Dear NHBA,
Alhamdullilah, berkat usaha kita yang gigih sambil menangis dan ketawa kita berjaya menyelesai Diploma kita tepat pada masanya. Maaf, kalau sepanjang kita kenal dan ber-BFF dengan awak kita sakitkan hati awak :"( Kita tahu banyak sangat kita sakitkan hati awak, iyelah awak tempat kita lepaskan kemarahan bila kita marah dengan group member. Nasiblah, siapa suruh ada je sebelah kita every time, every second! :D Terima kasih jugak sebab menjadikan kita sorang yang sangat berbakat dalam membuat lawak semenjak kawan dengan awak! Kadang-kadang terfikir yang aku ni dah boleh masuk Raja Lawak! Sebab sentiasa boleh buat awak and diri sendiri tergelak! Terima kasih  jugak sebab tak pernah pedulikan kita time kita sakit! :D Memang inilah perangai kita berdua yang sama, bila kau sakit, aku xpedulikan, time aku sakit, kau xpeduli! Hahahaha, hanya kau seorang je tahu maksud tersirat dari perangai kita ni:* Terlampau banyak perkara yang kita dapat sepanjang ber-BFF dengan awak. Sumpah, awaklah kawan kita yang paling best dunia dan akhirat. Awak sentiasa ada bila diperlukan. Awaklah pencetus kegembiraan disetiap hari :) Memang awaklah kawan dunia akhirat kita :"( Keakraban kita ni kadang-kadang disalah ertikan oleh orang sekeliling, ada yang cakap kita berdua LES. Tapi sikit pun wa xgoyang! haha, sebab awak cumalah BFF saya dunia dah akhirat. Amin amin :) uppsssssssssss, before kita end entry nie, end of Nov, kita dah dapat lesen kereta! huhu, boleh driftttt sampai ke Batu Pahat! hikhhikhikhikhik

Really hoping degree nanti kita dapat tempat yang sama, biarlah lain subject asalkan dapat tempat yang sama. *Ya Allah, kau perdengarkanlah permintaan ini:"(* Sebab kita nak sentiasa jadi kawan awak sampai mati. Sebab awak sorang je yang boleh tahan perangai gila kita ni :) Lastly, terima kasih jadi kawan kita sepanjang Diploma, Insyallah ada rezeki, ada jodoh kita jumpa awak lagi Degree nanti :) Jangan lupa messaging, calling, tweeeetingg kita anytime you needed me. I love you, BFF :)

Gambar yang over nak mampos! K, bai :D


Monday, August 27

Selamat Hari Raya Minal Idil Wafaizin :)

Mohon maaf diatas salah dan silap sepanjang kehidupan ini yang tersurat mahupun tersirat. Mengharap Idilfitri mendatang akan menjadi lebih afdal dan sempurna, sesempurna sebulan kita berpuasa. Salam kemaafan ")









 *Dah namanya RAYA, jadi mestilah semuanya gambar raya. hehehe, jangan marah yo! *

Tuesday, August 7



Disebabkan hati dah terpaut pada S III, so akan berusaha untuk mendapatkannya by end of this year, insyallah(kalau mak bg greennnn lighhhtttt, lagi cepat dapatnya. Mak, mak, please baca entryyy ni) hikhik

Specification details pasai sIII ni, boleh usha dekat sini! Hajat untuk memakai BB dibatalakan apabila mengetahui ada yg lebih menarik dalam sIII ni :) *SAYANG, nanti I beli you, ok. sabarrr tau*

Btw, untuk sayang ACE, yang hampir 8bulan I dah pakai you, you jgn risau I takan jual mahupun buang you. You still my first love towards Samsung phone :'D
:'D


Saturday, August 4

Salam Ramadhan :)


Ramadan is one of the holy festivals which the Muslims celebrate every year with a month of fasting, prayers and self-sacrifice. The Muslims consider it to be the month when they get closer to the almighty. It’s the time when they follow certain religious principles which is considered to help them acquire patience and strength of mind. They not only pray to god for themselves but also request the almighty to shower his blessings on their loved ones.

-teeid.com-

Wednesday, June 27


YA ALLAH.. 

Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman menapaki hidup, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian diantara kami, agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah.. ya tuhanku yang maha mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi. Tetapi ya Allah.. seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan. Serta ya Allah  yang maha mengerti.. Berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agarku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya Allah yang maha tercinta, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya Allah, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu, sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah, cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat, dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian didunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redha dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh. Amin :)


* Diambil dari : Dudung.net

Friday, June 22

Nafas seterusnya untuk kehidupan mendatang.

Hai, assalamualaikum :)



Iye, nafas sekarang adalah nafas kekuataan untuk kehidupan mendatang. Makin hari, makin rumit rasa kehidupan ini dan sentiasa ianya diselang-selikan dengan manis dan masam pengalaman. Tetapi, alhamdullilah, diri ini masih mampu tersenyum dengan ikhlasnya. IA masih memberi peluang untuk aku mengharungi kehidupan ini, walaupun IA sentiasa menguji dengan berbagai ujian. Alhamdullilah, IA menguji kerana IA sayang dan ingin sentiasa kita mengadu kepadanya, alhamdullilah :) Berharap dan memohon agar kekuataan ini sentiasa ada untuk harungi kehidupan ini dan mengharapkan kelancaran pada hari-hari mendatang.

Friday, May 25

Alhamdullilah, genap dua tahun perkenalan kami. Macam-macam yang kami lalui selama ni, yang menyedihkan, yang mengembirakan, yang memeritkan dan yang banyyyyyyyak banyakk lagi. Orang cakap, hidup ini bukan sentiasa manis bukan? Jadi kami turut merasakan manis masam sepanjang perkenalan. Hanya satu harapan kami berdua, hubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Insyallah, amin :)
Tepat jam pukul 12, phone aku bergetar and notification phone menunjukkan nama SAFIAN. Yes, surelllyyy, excited bukan kemain rasanya. "Sayang, happy anniversary yang kedua". Msg ni yang menyebabkan tahap kegembiraan bertambah excitedddddddddddd nya meningkat!Thank you sayang :) 
Alhamdullilah, Dia mengurniakan seorang lelaki yang bakal memimpin aku kearah kebaikan, insayallah. Sepanjang perkenalan ini, dia sentiasa mengingatkan aku tentang perkara yang bakal aku lakukan, telah aku lakukan atau yang sedang aku lakukan, tentang kebaikan dan keburukannya.Alhamdullilah, hubungan yang direstui ini hanya mempunyai satu matlamat, iaitu ingin melangkah ke arah yang diredhai-Nya. Insyallah, amin :)



Insyallah, dengan doa yang tidak putus-putus dari kami, hubungan ini akan kekal sehingga akhir hayat kami. Amin :)