YA ALLAH..
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman menapaki hidup, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian diantara kami, agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah.. ya tuhanku yang maha mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi. Tetapi ya Allah.. seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan. Serta ya Allah yang maha mengerti.. Berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agarku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya Allah yang maha tercinta, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya Allah, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu, sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah, cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat, dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian didunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redha dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh. Amin :)
* Diambil dari : Dudung.net
No comments:
Post a Comment