Assalamulaikum :)
Kehadapan NHBA,
Aceccehhh, suspen je kan bila tulis "NHBA" Siapakah? Siapakah? Biarlah rahsia, tuan empunya badan je yang akan tahu bila dia terbaca post nie. Hehe :D Maaflah, terrrrrlambat pulak nak post entry nie, dah lama ber-DRAFT je dalam blog, almaklum sejak dua menjak ni sangat sangatlah busy. Dengan nak kahwin lagi... ehhhhhh bukan aku yang nak kahwin! Sebagai adik yang baik, aku terpaksalah jadi wedding planner yang freeeee untuk akak aku. Tapi aku masih sempat nak messaging, calling, tweeeeetiiing dengan NHBA kan? Tengok, I never never never lupakan awaklah! * Sila terharu *
Actually, nak tulis macam-macam dekat sini...Tapi taknaklah! Takut awak nangis lagi seharian :"(. Cukup-cukuplah awak nangis seharian, tersedu-sedan and taknak pandang time nak balik hari tu :'( *So sad* So, terpaksalah delete semula tulisan yang sebelum ini then buat entry yg baru untuk awak :D So, hari ni, cuma nak balas a few thing je dari ke-MENTION-an nama AzmahWaffle dalam blog awak tu. :)
Dear NHBA,
Alhamdullilah, berkat usaha kita yang gigih sambil menangis dan ketawa kita berjaya menyelesai Diploma kita tepat pada masanya. Maaf, kalau sepanjang kita kenal dan ber-BFF dengan awak kita sakitkan hati awak :"( Kita tahu banyak sangat kita sakitkan hati awak, iyelah awak tempat kita lepaskan kemarahan bila kita marah dengan group member. Nasiblah, siapa suruh ada je sebelah kita every time, every second! :D Terima kasih jugak sebab menjadikan kita sorang yang sangat berbakat dalam membuat lawak semenjak kawan dengan awak! Kadang-kadang terfikir yang aku ni dah boleh masuk Raja Lawak! Sebab sentiasa boleh buat awak and diri sendiri tergelak! Terima kasih jugak sebab tak pernah pedulikan kita time kita sakit! :D Memang inilah perangai kita berdua yang sama, bila kau sakit, aku xpedulikan, time aku sakit, kau xpeduli! Hahahaha, hanya kau seorang je tahu maksud tersirat dari perangai kita ni:* Terlampau banyak perkara yang kita dapat sepanjang ber-BFF dengan awak. Sumpah, awaklah kawan kita yang paling best dunia dan akhirat. Awak sentiasa ada bila diperlukan. Awaklah pencetus kegembiraan disetiap hari :) Memang awaklah kawan dunia akhirat kita :"( Keakraban kita ni kadang-kadang disalah ertikan oleh orang sekeliling, ada yang cakap kita berdua LES. Tapi sikit pun wa xgoyang! haha, sebab awak cumalah BFF saya dunia dah akhirat. Amin amin :) uppsssssssssss, before kita end entry nie, end of Nov, kita dah dapat lesen kereta! huhu, boleh driftttt sampai ke Batu Pahat! hikhhikhikhikhik
Really hoping degree nanti kita dapat tempat yang sama, biarlah lain subject asalkan dapat tempat yang sama. *Ya Allah, kau perdengarkanlah permintaan ini:"(* Sebab kita nak sentiasa jadi kawan awak sampai mati. Sebab awak sorang je yang boleh tahan perangai gila kita ni :) Lastly, terima kasih jadi kawan kita sepanjang Diploma, Insyallah ada rezeki, ada jodoh kita jumpa awak lagi Degree nanti :) Jangan lupa messaging, calling, tweeeetingg kita anytime you needed me. I love you, BFF :)
Really hoping degree nanti kita dapat tempat yang sama, biarlah lain subject asalkan dapat tempat yang sama. *Ya Allah, kau perdengarkanlah permintaan ini:"(* Sebab kita nak sentiasa jadi kawan awak sampai mati. Sebab awak sorang je yang boleh tahan perangai gila kita ni :) Lastly, terima kasih jadi kawan kita sepanjang Diploma, Insyallah ada rezeki, ada jodoh kita jumpa awak lagi Degree nanti :) Jangan lupa messaging, calling, tweeeetingg kita anytime you needed me. I love you, BFF :)
![]() |
| Gambar yang over nak mampos! K, bai :D |

No comments:
Post a Comment